SINOPSIS
Kursus Kaedah Penyelidikan ini akan menyediakan para pelajar kepada proses perancangan dan perlaksanaan penyelidikan saintifik. Penyelidikan saintifik adalah terdiri daripada proses sistematik, logikal dan menyeluruh. Matlamatnya adalah untuk memastikan sesuatu penyelidikan itu mempunyai tahap kebolehpercayaan dan kesahihan yang tinggi dan mampu menyumbang samada kepada perkembangan bidang ilmu atau berguna kepada sesuatu organisasi dalam membantu membuat keputusan atau berguna dalam membantu mencari penyelesaian sesuatu masalah.
Objektif Kursus
Pada akhir kursus ini, diharap pelajar dapat:
- Memahami tujuan dan kegunaan kaedah penyelidikan saintifik
- Mengetahui dan memahami proses melaksanakan penyelidikan saintifik
- Mengetahui dan memahami reka bentuk saintifik
- Mengetahui dan memahami kaedah laporan dan isu etika dalam penyelidikan saintifik.
Phasellus ullamcorper ipsum rutrum nunc
Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
- Membincangkan proses melaksanakan penyelidikan saintifik.
- Menerangkan pelbagai konsep, jenis penyelidikan, kaedah dan pendekatan dalam melaksanakan penyelidikan saintifik.
- Memerihal peringkat perlaksanaan penyelidikan seperti definisi masalah, membangunkan rekabentuk penyelidikan, rekabentuk persampelan, rekabentuk soal selidik dan kaedah lapangan.
- Mengaplikasikan teknik statistik yang bersesuaian untuk menganalisis data, interpretasi dan melaporkan dapatan analisis.
Rujukan Utama:
Abdullah, A.G.; Abdul Aziz, A.L. dan Ali Yusob, M.Z. (2009). Siri Modul Kendiri PLK. Kaedah Penyelidikan, PACE. Universiti Utara Malaysia : Sintok.
Rujukan Tambahan:
Sekaran, U. and Bougie, R. (2013). Research methods for business: a skill building approach. (6th Ed.) United Kingdom : John Wiley.
Nizamuddin, Z.; Badruddin, A.R.; Abu Bakar, H.; Thi Lip Sam; Azrain Nasyrah, M.; Nazlina, Z.; Norita, D.; Norzalila, J.; Shamsul Huda, A.R. dan Suhaila, A.R. (2010). Penyelidikan saintifik: asas dan aplikasi. Kuala Lumpur : Mc-Graw-Hill.
Zikmund, W.G.; Babin, C. C. dan Mitch, G. (2010). Business Research Methods. South-Western Co. & Sons Ltd. : Cengage Learning.
Hair, J.F. Jr.; Money, A.H.; Samouel, P. And Page, M. (2007). Research Methods for Business. London : John Wiley.