News & Tips

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini membincangkan mengenai falsafah dan konsep asas penyelidikan dalam bidang Sains Sosial. Tujuannya agar pelajar memahami dan boleh mengaplikasikan prinsip-prinsip penyelidikan dalam menghasilkan penyelidikan ilmiah yang berkualiti dan memenuhi kriteria dalam sesebuah penyelidikan. Melalui kursus ini mereka turut didedahkan dengan kaedah penyelidikan asas yang memenuhi syarat asas sesebuah penyelidikan sains sosial. Dalam pada itu, mereka juga dilatih dalam menulis proposal kajian yang berkualiti yang mana boleh memudahkan mereka mengaplikasikannya dalam sesebuah penyelidikan sebenar. Metodologi kajian, meliputi kualitatif dan kuantitatif turut diajarkan. Selain itu, analisa kajian serta bagaimana menulis laporan berdasarkan alat analisa ujian yang dipilih termasuk asas SSPS.

Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:

  •  Mengetahui asas penyelidikan dalam bidang Sains
  • Memahami kaedah menulis proposal yang berkualiti sebagai sebahagian proses
  • Mengetahui kaedah menjalankan sesebuah kajian termasuk analisis
  • Mengetahui kaedah menulis laporan akhir kajian serta boleh menggunakan dalam latihan ilmiah masing-masing.

PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri (self-learning approach). Modul kursus yang diberikan perlu digunakan sebagai rujukan utama. Modul yang dibekalkan kepada pelajar lengkap dengan soalan-soalan latihan bertujuan menguji kefahaman pelajar. Pelajar adalah dinasihatkan supaya merujuk bahan-bahan bacaan tambahan bagi meningkatkan kefahaman kandungan pelajaran. Soalan-soalan dari buku rujukan tambahan juga boleh dicuba bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar.

Bagi membantu pelajar memahami kandungan modul, terdapat empat (4) fasa pertemuan bersemuka di antara pelajar dan tenaga pengajar telah ditetapkan. Pertemuan kelima adalah untuk tujuan peperiksaan akhir. Pelajar dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu modul yang diberikan sebelum menghadiri kuliah atau pertemuan bersemuka.

 Jadual sesi pertemuan dilampirkan dalam bahagian seterusnya. Namun begitu, jadual tersebut adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dan pelajar dinasihatkan agar sentiasa berhubung dengan PACE dan penyelia pusat pembelajaran untuk mendapatkan maklumat terkini.

Phasellus ullamcorper ipsum rutrum nunc

Penilaian akan diadakan berdasarkan tugasan individu, tugasan berkumpulan dan peperiksaan akhir semester. Ketiga-tiga komponen penilaian ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya.

  • Tugasan Kumpulan - 30%
  • Tugasan Individu - 30%
  • Peperiksaan Mid-Term - 20%
  • Peperiksaan Akhir -  20%

Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan kelima yang mana tarikh, masa dan tempat sebenar akan diberitahu kelak. Peperiksaan ini adalah komprehensif, yakni merangkumi keseluruhan modul kursus. Masa yang diperuntukan adalah 2 jam 30 minit.

 TUGASAN INDIVIDU

Tugasan individu - pelajar perlu menyediakan ringkasan Kertas Cadangan bagi Penyelidikan berkaitan tajuk-tajuk yang sesuai dengan bidang Pengurusan, Keusahawanan, Sistem Maklumat, Pengurusan Awam, Komunikasi, Kepimpinan dan lain-lain lagi. berikut adalah tajuk-tajuk proposal yang telah disemak  untuk proses seterusnya.

 

 

Dr Khairol Anuar Ishak LMS - dedicated to an innovative global online learning environment at Gateway Community College