Kursus in ditawarkan untuk pelajar Pengajian Jarak Jauh sebagai kursus teras program.Pengajaran adalah berdasarkan Modul pembelajaran kendiri. Kursus in ditawarkan untuk pelajar Pengajian Jarak Jauh sebagai kursus teras program.Pengajaran adalah berdasarkan Modul pembelajaran kendiri. Modul ini bertemakan pengurusan yang biasa diamalkan oleh organisasi sama ada sektor awam ataupun swasta. Perbincangan modul ini meliputi empat bidang utama, iaitu perancangan, pengorganisasian, pengaruh (kepimpinan), dan pengawalan. Walaupun contoh-contoh dan keadaan di negara- negara lain terutamanya Amerika Syarikat banyak digunakan namun konteks Malaysia turut diberikan juga dalam teori-teori yang dibincangkan
Pengenalan
Modul ini bertemakan pengurusan yang biasa diamalkan oleh organisasi sama ada sektor awam ataupun swasta. Perbincangan modul ini meliputi empat bidang utama, iaitu perancangan, pengorganisasian, pengaruh (kepimpinan), dan pengawalan. Selain mengkaji tugas-tugas dan peranan yang dimainkan oleh pihak pengurusan, ia juga mengkaji teknik-teknik tertentu ke arah pengurusan yang cekap serta menilai kebaikan dan keburukan yang ditimbulkan oleh tugas dan peranan pengurusan tersebut. Perbincangan mengenai pengurusan tidak lari daripada memperkatakan mengenai isu-isu seperti perancangan organisasi, pengurusan sumber manusia, motivasi dan komitmen pekerja, dan kecekapan serta keberkesanan organisasi dalam mencapai objektifnya. Modul ini cuba mengupas dan menjelaskan asas-asas kepada dunia pengurusan dalam lima unit modul.
Pembahagian Bab-bab di dalam Modul
Modul 1 mengandungi empat unit Bab yang menerangkan tentang sejarah pengurusan, organisasi dan persekitarannya secara umum. Kemudian Modul 2 yang mengandungi lima unit Bab akan menyentuh bagaimana organisasi terlibat dalam membuat keputusan, bagaimana pembentukan dan pelaksanaan misi dan objektif, serta membuat perancangan. Reka bentuk dan struktur organisasi dibincangkan pula dalam Modul 3. Modul yang mengandungi tiga unit Bab ini, membincangkan tentang asas-asas pengorganisasian, tanggungjawab, autoriti dan penugasan, dan pengurusan sumber manusia. Kepimpinan dalam organisasi turut ditekankan. Perbincangan mengenai kepimpinan dimuatkan dalam Modul 4 yang mengandungi empat unit.Bab. Namun istilah pengaruh digunakan bagi menggantikan kepimpinan kerana penulis merasakan istilah pengaruh ini lebih luas maknanya. Pengaruh bukan sahaja melibatkan perbincangan tentang kepimpinan sahaja, tetapi juga tentang motivasi,komunikasi dan kumpulan yang terdapat di dalam sesebuah organisasi. Seterusnya modul ini memberi takrif pengawalan di dalam Modul 5. Langkah- langkah yang terlibat dalam proses kawalan serta jenis-jenis kawalan diterangkan untuk pengetahuan dan pemahaman pelajar.
Objektif Kursus
Di akhir pembelajaran modul ini, anda seharusnya dapat:
1. Memahami tentang konsep-konsep, fungsi-fungsi dan kemahiran-kemahiran asas dalam pengurusan.
2. Mempertingkatkan kefahaman berhubung dengan pengurusan sumber manusia, sumber fizikal dan persekitaran.
3. Mengenal pasti dan membincangkan aspek-aspek pembaharuan dalam pengajaran dan amalan pengurusan masakini.
Kursus dikendalikan secara pembelajaran kendiri. Selain syarahan, pelajar dibekalkan dengan modul sebagai rujukan utama yang lengkap dengan soalan latihan dan penilaian kendiri. Pelajar juga dinasihatkan untuk merujuk kepada bahan bacaan lain. Pelajar juga digalakkan membuat nota ringkas setiap pelajaran disamping juga membuat latihan. Terdapat empat sesi pertemuan antara pelajar dan pensyarah. Pertemuan ini akan diisi dengan sesi perbincangan dan soal jawab. Sehubungan dengan itu sebelum hadir setiap pertemuan pelajar digalakkan supaya:
1. Membaca topik yang telah ditetapkan untuk setiap sesi pertemuan.
2. Membuat rujukan tambahan tentang isu semasa yang berkaitan dengan pembelajaran yang boleh diperbincangkan.
3. Memberi kerja sama yang sepenuhnya dalam sesi perbincangan yang dikendalikan
Contoh - Pembentangan Video
Satu tugasan kumpulan akan diberikan kepada pelajar. Memandangkan kaedah online / remote learning akan dikendalikan pada semester ini, tugasan tersebut harus dihantar dalam bentuk soft copy dan pembentangan berkumpulan harus dibentangkan dalam bentuk video serta diserahkan pada pertemuan keempat. Pembentangan secara berkumpulan boleh dibentangkan dalam bentuk ‘recorded video’ dan diserahkan pada pertemuan keempat di link / pautan yang disediakan oleh pensyarah masing-masing. Durasi maksimum bagi pembentangan adalah selama 20 minit.