News & Tips

online learning

Kursus ini secara umumnya memberi penekanan kepada pengurusan daya kehidupan ataupun kelangsungan sesebuah organisasi secara menyeluruh bagi menjamin kesinambungannya sebagai sebuah entiti yang kekal dinamik dan berterusan. Proses pengurusan strategik ini biasanya dibahagikan kepada tiga peringkat utama, iaitu: Penggubalan Strategi; Perlaksanaan Strategi; dan Penilaian/Pengawalan Strategi. Pendekatan integrasi (integrated approach) atau pendekatan silang fungsian (cross-functional approach) ditekankan dalam kursus ini.

Di peringkat penggubalan strategi, strategi-strategi korporat, perniagaan, dan fungsian yang berkesan digubal berdasarkan kepada arah/halatuju organisasi. Objektif juga dijadikan panduan penting dan pembentukannya berasaskan kepada faktor kekuatan/kelemahan (analisis realistik) dan peluang/ ancaman (analisis futuristik/ masa hadapan) yang dimiliki dan dihadapi oleh sesebuah organisasi itu. Di peringkat pelaksanaan strategi, dibincangkan langkah-langkah penting untuk memastikan apa yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Manakala di peringkat penilaian/pengawalan strategi pula, ia memberi penekanan khusus terhadap aspek-aspek penilaian, kawalan dan penambahbaikan terhadap strategi yang telah dilaksanakan.

OBJEKTIF KURSUS

Di akhir kursus, para pelajar akan dapat :

  1.  Menghubungkan teori dan konsep dengan amalan dengan memberi penekanan kepada usaha meningkatkan kemahiran dalam merencanakan halatuju strategik organisasi
  2. Mempelajari kaedah, teknik dan alat-alat analisis untuk mencapai penyelesaian secara strategik.
  3. Melaksanakan audit strategik dengan mengesan masalah-masalah atau isu-isu utama and memberikan cadangan untuk menyelesaikan masalah

Bagi membantu pelajar memahami kandungan modul, terdapat empat (4) fasa pertemuan bersemuka di antara pelajar dan tenaga pengajar telah ditetapkan. Pertemuan kelima adalah untuk tujuan peperiksaan akhir. Pelajar dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu modul yang diberikan sebelum menghadiri kuliah atau pertemuan bersemuka.

 Jadual sesi pertemuan dilampirkan dalam bahagian seterusnya. Namun begitu, jadual tersebut adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dan pelajar dinasihatkan agar sentiasa berhubung dengan PACE dan penyelia pusat pembelajaran untuk mendapatkan maklumat terkini.

PnP Secara Online and Blended

Penilaian akan diadakan berdasarkan tugasan individu, tugasan berkumpulan dan peperiksaan akhir semester. Ketiga-tiga komponen penilaian ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya.

  • Tugasan Kumpulan Audit  - 30%
  • Tugasan Kumpulan Kajian Kes - 20%
  • Peperiksaan Mid-Term - 20%
  • Peperiksaan Akhir -  30%

Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan kelima yang mana tarikh, masa dan tempat sebenar akan diberitahu kelak. Peperiksaan ini adalah komprehensif, yakni merangkumi keseluruhan modul kursus. Masa yang diperuntukan adalah 2 jam 30 minit.

TUGASAN  KUMPULAN - LAPORAN AUDIT STRATEGIK - 30%

Pelajar diminta menyiapkan satu tugasan iaitu membentuk satu perancangan strategik. Setiap pelajar dikehendaki menyediakan perancangan strategik berpandukan kepada format yang telah ditetapkan. Penyerahan perancangan strategik pada pertemuan yang ke-4. Bagi mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah, para pelajar dinasihatkan menghantar sendiri tugasan yang telah disiapkan kepada tenaga pengajar pada pertemuan ke-4 itu. Tugasan yang dihantar lewat dari tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima. Ia meliputi 30% daripada keseluruhan markah.

MAKLUMAT PEPERIKSAAN 1 & 2 - 50%

PEPERIKSAAN 1 - 20%

Peperiksaan 1 akan diadakan pada minggu berkaitan pertemuan ke 3 yang merangkumi bab 1 hingga bab 6. Masa diperuntukkan ialah 1 ½   jam. Format soalan dalam bentuk objektif dan/atau struktur. Agihan markah sebanyak 20% daripada keseluruhan markah. Pelaksanaan: Secara ‘online’

PEPERIKSAAN 2 - 30%

Peperiksaan 2 akan diadakan pada pertemuan ke 5 yang merangkumi semua bab. Masa diperuntukkan ialah 2 ½   jam. Format soalan dalam bentuk objektif dan/atau struktur. Agihan markah sebanyak 30% daripada keseluruhan markah. Pelaksanaan: Secara ‘online’.

 

 

Dr Khairol Anuar Ishak LMS - dedicated to an innovative global online learning environment at Gateway Community College